Wednesday, December 30, 2009

HIJRAH DIRI DAN JIWA

Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah berlaku didorong oleh beberapa factor iaitu factor menolak dan factor menarik. Faktor menolak di antaranya tekanan yang semakin melampau dari kafir Quraish, penghinaan, cercaan, siksaan malahan ancaman dan kemuncaknya rancangan membunuh nabi . Demi menyelamatkan iman, islam dan akidah maka berlakulah peristiwa hijrah yang bersejarah itu. Factor menarik pula adalah sikap dan kesediaan orang Madinah untuk menerima kedatangan Nabi dan Islam ke bumi Madinah .
Di dalam kehidupan ini kita kadang-kadang terdorong oleh factor menolak dan factor menarik ini untuk melakukan penghijrahan. Bagi diriku factor-faktor ini sangat rapat dengan persekitaran kehidupan yang aku tempuhi. Sewaktu aku tinggal bersama ibu di rumah belakang rumah datukku, hidupku bahagia, gembira, seronok seperti kanak-kanak lain yang tidak pernah ada masalah. Walaupun rumah kampung tanpa bilik, berdinding buluh beratap rumbia dan berlantai papan dan buluh, tidur beralaskan tikar mengkuang aku rasa sangat bahagia.
Seingat aku, tidak pernah aku tidur di rumah ayakku sejak berpisah dengan ibukku. Bila aku memasuki sekolah darjah satu, ayahku sering memasuki kelas aku terutama semasa mata pelajaran seni lukis, kebetulan ayahku bekerja sebagai tukang kebun sambilan di sekolah tempat aku belajar. Lukisan yang ayah lukis dan masih terpahat diingatanku ialah lukisan seekor itik. Waktu itu baru aku terasa kewujudan ayah dalam kehidupanku. Bila balik sekolah aku akan balik ke rumah ibuku seperti kebiasaan. Juadah makan tengah hari yang disajikan oleh ibu adalah sambal bilis masak tempoyak dan ikan seluang goring. Itulah menu makan tengah hari di rumah ibu pada setiap hari, tapi aku tidak pernah bersungut. Pendek kata aku tidak merasakan kepayahan dan kesukaran yang dialami oleh ibuku.
Bila datukku meninggal, rumah datuk diduduki oleh ibu saudaraku yang aku panggil Mak Chu, adik bongsu ibukku berlainan ibu. Mungkin rumah itu hadiah datuk kepada Mak Chu sekeluarga. Setelah beberapa tahun datuk meninggal, aku sudah tidak betah lagi masuk ke rumah peninggalan datuk kecuali jika Mak Chu mempelawa sesekali untuk makan dan bermain dengan sepupuku di rumah tersebut. Lama kelamaan aku mula rasa janggal dan asing untuk datang ke rumah itu. Padahal aku teringin sangat untuk masuk ke rumah itu, rumah itu memang besar dan selesa, tapi apakan daya. Aku hanya bermain di sekitar halaman rumah itu. Terbetik di hati, alangkah indahnya kalau aku adalah penghuni rumah itu. Mungkin kerana aku dah bosan tinggal di rumah beratap rumbia berdinding buluh yang kadang-kadang bocor dan tempias bila hujan turun. Tapi itu hanyalah gejolak perasaan seorang kanak-kanak yang mula meningkat usia.
Sewaktu aku berada dalam darjah tiga, Mak Chu berhijrah ke Jengka kerana menjadi peneroka apabila pembukaan tanah rancangan Jengka. Ibuku membawa kami berpindah ke rumah Mak Chu yang sudah kosong. Menurut Ibu, Mak Chu telah menjualkan tanah dan rumah itu kepada ibu. Aku adalah orang yang paling bahagia, bak kata orang impian menjadi kenyataan.Pastinya tidurku lebih lena dan nyenyak di rumah beratap zink, berdinding papan, berlantai papan, ada ruang dapur berasingan dengan ruang tidur, ada bilik-bilik dan ada beranda tempat aku bermain. Aku tidak pernah ambil peduli dari mana ibu dapat duit untuk bayar harga rumah dan tanah kepada Mak Chu, yang aku tahu ibu menorah getah yang luasnya hanya tiga suku ekar pusaka peninggalan arwah datuk. Sehinggalah pada suatu malam ibu bercerita dengan anak-anaknya selepas makan malam. Menurut ibu hari ini Pak Ngah kamu nak datang ke rumah nak bincang hal rumah dan tanah yang kita tinggal ini. Kamu semua diam-diam dan masuk tidur. Sebenarnya rumah dan tanah ini Mak Chu nak jual kepada ibu dengan harga tiga ratus ringgit, ibu dah bayar lima puluh ringgit. Begitulah cerita ibu kepada kami. Pak Ngah adalah abang sulung ibu yang tinggal di hujung kampung berhampiran rumah peninggalan arwah datuk. Pak Ngah ni, kira orang senanglah di kampong, rumah besar, kebun getah ada, sawah padi ada, kolam ikan pun ada, aku pun kadang-kadang pergi ke rumahnya bermain di sungai berhampiran rumahnya, mengutip buah mempelam gugur dan masa makan di rumahnya.
Malam itu Pak Ngah datang bersama Pak We, seorang lagi adik beradik ibu. Aku mencuri-curi dengar perbualan ibu dengan Pak Ngah dan Pak We. Aku masih ingat Pak Ngah cakap rumah dan tanah ni aku dah beli dan aku dah bayar pada Pesah ( Mak Chu ) lima ratus ringgit. Ibu beritahu Pak Ngah, Mak Chu dah janji jual kepada ibu dengan harga tiga ratus dan dah bayar lima puloh ringgit. Pak Ngah cakap awak lambat sangat, Pesah tu nak pakai duit tunggu awak nak bayar baki tak tau bila. Saya ni orang perempuan, tak ada suami pulak, lambatlah sikit dapat bayar.
Perbincangan tu kadang-kadang tegang dengan suara berbalas-balas cakap dengan suara tinggi, aku tak pasti apa kesudahan perbincangan itu kerana aku sudah tertidur. Sesekali aku terjaga aku terdengar seperti suara ibu menangis tapi aku tidak mampu untuk bantu ibu. Keesokkan hari ibu menyatakan Pak Ngah dah beli tanah ini dari Mak Chu, dan kita kena keluar dari rumah ini, sementara itu Pak Ngah benarkan tinggal di rumah ini sebelum mereka berpindah. Walaupun aku masih sekolah rendah tapi aku dah dapat rasa kecewa, hati ibu lagilah pulak, hancur luluh, abang yang sepatutnya membantunya yang mengalami kesusahan sanggup melakukan tindakan yang tidak bertimbangrasa.
Bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi ibu membuat keputusan untuk pergi ke rumah adik lelaki bongsunya yang tinggal di kampong Dusun Kechau. Akhirnya ibu berangkat meninggalkan kampong dan pergi bersama adik lelaki dan kakakku. Aku dan abang tinggal bersama ayah. Mungkin ada perjanjian antara ibu dan ayah dalam membuat keputusan meninggalkan aku dan abang untuk tinggal bersama ayah. Mungkin kerana aku dan abang masih bersekolah, sedangkan kakak sudah berhenti sekolah sejak mula ayah dan ibu berpisah dan adikku masih belum bersekolah.
Berhijrahlah ibu membawa diri dan jiwa yang lara angkara sikap Pak Ngah yang tamak harta. Disangka saudara boleh membantu bahagia rupanya saudara sendiri mencipta petaka. Berlakulah satu lagi penghijrahan penting dalam kehidupanku, pertama kali berpisah dengan ibu,kakak dan adik dan pertama kali aku tinggal bersama ayah. Faktor menolak penghijrahan ibu sangat berbekas di hatiku, tapi aku yakin, hikmah Allah tetap terbentang di sebalik hijrah ini….. nantikan peristiwa hijrah seterusnya

Thursday, December 24, 2009

PENGHIJRAHAN

Tahun hijrah 1430 sudah melabuhkan tirai dan muncul pula 1431. Bermakna angka usia semakin bertambah dan baki usia kita semakin berkurang. Bagaimanapun bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Berlalunya tahun demi tahun ini adalah sebahagian daripada proses penghijrahan.
Sebagaimana yang umum sedia maklum bahawa hijrah itu diertikan dengan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, atau ditafsirkan juga sebagai berpindah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain, seperti dari sifat buruk kepada sifat yang baik, dari sifat pemarah kepada sifat pemaaf, dari sifat suka membuang masa kepada sifat menghargai masa dan pelbagai keadaan lagi. Semua tafsiran tentang hijrah sentiasa ini berlaku di dalam kehidupan seseorang. Proses hijrah ini sentiasa memberi makna dan pengalaman kepada setiap orang. Malahan ada sesetengah orang merasakan setiap peristiwa yang berlaku di dalam kehidupannya adalah suatu penghijrahan yang telah memindahkan dirinya kepada suatu keadaan yang lebih baik.
Pengalaman hijrah kehidupan aku sangat unik dan menarik untuk dikenang. Sebahagian besarnya telah membentuk diri aku seperti sekarang. Aku masih ingat pengalaman hijrah pertama dalam kehidupanku, berjalan beriringan menuruti belakang ibu,kakak,abang dan adik aku pada waktu malam melalui jalan denai rumah ayah ke rumah datuk yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Menurut ibu, usia aku ketika itu 3 tahun. Saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku di rumah ayah sebelum perjalanan malam itu, aku cuma ingat berjalan malam, terkedek-kedek di belakang ibu untuk pergi rumah datuk. Keesokannya aku terus berada di rumah datuk bersama ibu, kakak, abang dan adikku. Pada usia 3 tahun aku memang tidak dapat memikirkan permasalahan kehidupan, aku hanya tahu seronok bemain di rumah datuk, bila penat aku tidur, bila lapar aku makan dan bila aku nakal kena marah. Aku tidak dapat mengingati semua peristiwa yang berlaku pada waktu itu, tetapi yang pasti aku telah tinggal di sebuah rumah di belakang rumah datuk aku. Mungkin datuk membangunkan rumah tersebut untuk ibu dan anak-anaknya berteduh dari hujan dan panas.
Bila usiaku meningkat kepada 5 tahun baru aku memahami bahawa ibu dan ayah telah berpisah sebagai suami isteri. Aku masih ingat di hadapan rumah ayah ada tiga pohon limau yang buahnya sangat lebat pada setiap kali musimnya, menurut ibuku pada malam itu ayahku sangat marah kepada kakakku kerana tidak mengawal aku dan abang aku yang memanjat pagar pohon limau dan memetik buah limau yang belum matang. Banyak buah limau yang rosak, apabila ayah dan ibuku balik dari menoreh getah, ayah tengok buah limau banyak rosak.Ayah menyalahkan kakak dan memukul kakak. Kakak dipukul teruk oleh ayah gara-gara buah limau rosak itu. Ibu tidak dapat menerima tindakan ayah memukul kakak secara keterlaluan maka berlakulah perselisihan faham antara ibu dan ayah yang akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa ibu keluar dari rumah ayah dan membawa kami semua dan berlakulah apa yang aku namakan sebagai penghijrahan malam dan merupakan nostalgia penghijrahan pertama dalam hidupku. Sampai kini perjalanan malam itu bermain-main difikiranku.
Bila aku kenangkan semua peristiwa itu, aku membuat rumusan sendiri bahawa dengan hijrah pada malam itu telah mendidik aku menjadi seorang yang tabah dalam menjalani perjalanan hidup.......... to be continue

Wednesday, October 7, 2009

MENGINGATI MATI

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!Dengan kain kafan yang serba putih!Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih....Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.....Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa.....Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu KifayahTapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ...Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!Ingatlah di mana saja kamu berada.....Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!Serta menikmati rezeki Tuhan!Justeru bila Dia menyeru,....Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air yang tidak bererti!Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!Lalu daging itu membaluti tulang!Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....Yang lebih agung dari malaikat!Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....Jalan kemenangan akhirat dan dunia!Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!Menjadi teman di perjalanan.. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!Pada hari itu tiada berguna....Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI, Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI, Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI, Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI, Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR, Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.Saling berpesan2lah sesama kita........ .

Saturday, September 26, 2009

KESAN FISIOLOGI SOLAT

Solat adalah ibadat yang dilakukan kerana Allah. Namun sekiranya solat dilakukan secara yang betul dengan penuh khusyuk ia akan mendatangkan kebaikan di pelbagai sudut termasuk di sudut kesihatan.

Semasa melakukan solat, umat Islam wajib sujud dengan meninggikan punggung dan melatakkan dahi serta kepala mereka ke bumi. Mengikut kajian, kedudukan ini, sekiranya dilakukan dari masa ke semasa, ia baik baik bagi kecergasan otak. Bagi memahami aspek ini kita perlu mengetahui otak manusia menggunakan 25 peratus daripada oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3 peratus daripada keseluruhan berat manusia. Dalam keadaan biasa sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti.

Semasa sujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti. Dalam keadaan ini otak manusia menjadi lebih cergas dan fokusnya semakin mantap. Peter Russel dalam bukunya The Brain Book berpendapat, " Otak manusia beroperasi 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah ( inverted )."Seorang lagi pakar, Win Wenger, di dalam bukunya How to increase Your Intelligence, mengatakan, aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah ( upside down activities ) meningkatkan kadar oksigen di otak sekaligus, secara fizikalnya, meningkatkan kemampuan otak itu. Sujud umat Islam yang dilakukan paling kurang 17 kali sehari semalam melalui solat fardhu, merupakan aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah secara yang amat sederhana. Ia mampu dilakukan oleh semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda dan kesannya kepada kesihatan memang tidak dapat disangkal lagi.

Solat juga membantu mengelok dan memantapkan sendi terutamanya bagi mereka yang mengidap penyakit radang sendi seperti osteoarthritis. Dalam artikel Chronic Pain: Exersice Can Bring Relief di MayoClinic.com, pakar-pakar di Mayo Clinic mengatakan senaman secara berterusan adalah penting bagi kesihatan sendi di samping mampu mengurangkan sakit. Hal ini disebabkan senaman meransang pengeluaran hormon endhorpin yang berfungsi mengurangkan deria sakit. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah menggerakkan sendi melalui gerak badan dari masa ke semasa. Justeru solat memang bermanfaat kerana ia menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki secara sederhana.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, solat fardhu yang lima terikat dengan waktu. Solat yang paling awal perlu dilakukan di waktu subuh, iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi waktu di semenanjung Malaysia.

Sesetengah golongan mendakwa perlaksanaan solat subuh melemahkan badan kerana umat Islam terpaksa bangun awal dan ini menganggu tidur mereka. Sebenarnya perlaksanaan solat subuh tidak menjejaskan kesihatan kerana mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika, mereka yang tidur kurang daripada lapan jam setiap malam adalah lebih sihat daripada mereka yang tidur melebihi lapan jam.Hasil kajian selama enam tahun yang melibatkan sejuta orang dewasa berumur antara 30 hingga 102 tahun, ini menunjukkan; mereka yang tidur enam hingga tujuh jam secara purata setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur melebihi lapan jam ataupun kurang daripada empat jam setiap malam. Malah kajian ini juga mendapati mereka yang tidur lima jam setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada lapan jam.

Penemuan ini disokong oleh Institiut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan ia dimuatkan dalam Archives of General Psychiatry bertarikh 15 February 2002. Di Malaysia, sekiranya seseorang masuk tidur pada jam 11.00 malam dan bangun pada jam 5.30 pagi bagi bertahajjud dan bersolat subuh, tidurnya selama enam setengah jam itu sudah termasuk dalam kategori yang menyihatkan.Lebih daripada itu, kajian menunjukkan mereka yang bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap pagi adalah lebih sihat berbanding mereka yang lain. Hal ini disebabkan, mereka yang bangun tidur tanpa mengikut jadual yang sistematik mengganggu pengeluaran hormon rangsangan yang bernama cortisol dan gangguan ini menggugat kecergasan mereka.

Hal ini dinyatakan oleh Russel Wild di dalam artikel Eight Easy Ways to beat Fatigue terbitan Reader's Digest bulan Jun 1998. Justeru, umat Islam yang bangun tidur awal bagi bersolat subuh secara rutin setiap hari adalah golongan yang sihat berdasarkan penemuan ini.

Tuesday, September 15, 2009

ROMADHON, EIDUL FITRI MENURUT PERPEKTIF ISLAM

ROMADHON, EIDUL FITRI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mercun dan Kemalangan

ROMADHON sudah pun memasuki fasa ketiga (10 hari terakhir ), satu tempoh di mana bakal menyaksikan kehangatan promosi raya, selain peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya kerana kesibukan mengejar keperluan berbelanja.

Dalam masa yang sama, dentuman mercun, percikan bunga api di taman-taman perumahan, kawasan kejiranan dan kampung halaman makin jelas kelihatan. Biar dilarang, biar begitu banyak undang-undang dikuatkuasakan, namun selagi ada permintaan selagi itulah bunga api, mercun menjadi bahan jualan yang paling menguntungkan.

Maka di saat umat Islam bakal menyambut Eidul fitri yang seharusnya dirayakan dengan penuh kegembiraan, keinsafan, dan kemuliaan, akan adalah segmen komuniti yang meratap hiba, menemani anak di hospital kerana melecur di muka, putus jari tangan.

Pada hari pertama Romadhon, sudah ada yang menjadi mangsa akibat mercun. Muhammad Nur Sufyan, 6, dari Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu, hilang tiga jari tangan kiri akibat terkena bahan bahaya itu. Muhammad Nur Sufyan terpaksa menjalani pembedahan selepas kehilangan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta luka ringan di muka dan badan. Kejadian seumpama ini berlaku setiap kali tiba Romadhon. Malah saban tahun menjelang eidul fitri, kes membabitkan kanak-kanak cedera gara-gara bermain atau terkena mercun adalah berita sedih di sebalik kegembiraan umat Islam menyambut 1 Syawal. Sepatutnya kejadian seperti ini tidak berlaku jika ibu bapa memantau kegiatan anak mereka. Bermain mercun memang menyero nokkan, apatah lagi di kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun malang tidak berbau.Keseronokan akan bertukar kesedihan sepanjang hayat. Umum mengetahui bermain mercun bahaya, tetapi ada juga ibu bapa yang membiarkan anak mereka tanpa pengawasan malah ada ibu bapa yang seronok dan bangga melihat keterujaan anak-anaknya tanpa menghidu bau bahaya di sebalik keghairahan dan keseronokan itu.

Jika berlaku kemalangan, ibu bapa wajar dipersalahkan kerana mereka paling dekat dengan anak. Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958, menyatakan jika tangkapan dilakukan terhadap orang ramai termasuk kanak-kanak yang sedang bermain mercun mereka boleh didenda RM100 mengikut kesalahan kecil Seksyen 3 kerana dianggap memiliki bahan berkenaan. Seksyen 8 pula menyatakan tindakan boleh diambil terhadap penjual kecil-kecilan atau di kedai yang menjual mercun kerana mereka seolah-olah memiliki bahan berbahaya itu dan sesiapa yang ditangkap kerana menjual mercun di mana saja boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Antara mercun yang ada di pasaran ialah mercun botol, mercun roket, mercun gila babi, mercun katak dan mercun bola. Ada juga mercun buatan sendiri seperti mercun paip, mercun palam pencucuh dan mercun bom. Kita berharap pihak berkuasa seperti polis, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Kastam Diraja Malaysia terus meningkatkan rondaan serta pemeriksaan bagi membendung kegiatan menyeludup mercun dan bunga api yang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri. Penjualan dan permainan mercun adalah kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan sesiapa didapati melindungi, menyimpan, menyembunyi atau memiliki mercun melakukan kesalahan mengikut Seksyen (1)(d) akta itu. Mereka yang disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai mercun dan tidak lebih 20 kali ganda nilai bahan letupan berkenaan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Apa yang kita harapkan suasana Hari Raya Puasa disambut dalam keadaan meriah tanpa ada mana-mana ahli keluarga menjadi mangsa mercun.

Sejarah Mercun Tahun Baru Cina

Mercun dan tarian singa amat sinonim dengan sambutan perayaan Tahun baru Cina. Mercun dimainkan untuk menghalau makhluk jahat yang sering menganggu ketenteraman manusia. Namun begitu, dari satu tahun ke tahun yaang lain, mercun sering dimainkan untuk menandakan musim perayaan yang akan tiba
Asal usul perayaan Tahun Baru Cina terlalu tua dan lama untuk dikaji. Walau bagaimana pun, pendapat umum mengatakan, perkatan Cina, ‘Nian’ atau yang bermaksud ‘tahun’ dalam bahasa Melayu, adalah nama kepada raksasa yang sering mencari mangsa pada malam sebelum tahun baru bermula.

Menurut lagenda, Nian mempunyai mulut yang sangat besar, dan mampu menelan ramai manusia dengan satu gigitan. Manusia pada waktu itu sangat takut akan raksasa Nian ini. Pada satu hari, kebun buluh yang berdekatan kampung orang-orang cina terbakar. Buluh-buluh yang terbakar itu meletup dan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti mercun. Ini telah menakutkan Nian lalu ia tidak berani untuk pergi brdekatan dengan kampung itu. Orang-orang tua juga telah berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru, dikhuatiri Nian akan mengganas semula. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksasa itu.

Begitulah lagenda yang dipercayai oleh masyarakat Cina. Amalan bermain mercun dan menggantung kertas merah masih diteruskan hingga hari ini, walaupun ada di antara masyarakat muda-mudi Cina tidak tahu tujuan sebenar amal tersebut dilakukan. Mereka hanya beranggapan bahawa amalan tersebut cuma akan menceriakan lagi sambutan tahun baru.

Adakah umat Islam menyedari tentang sejarah ini. Kebimbangan kita terhadap fenomena bermain mercun, bunga api di bulan Romadhon dan sambutan eidul fitri ini jika dibiarkan akan tertanamnya satu kefahaman bahawa bermain mercun, bunga api malahan ledakan bom bagi sambutan bulan kemuliaan Islam adalah disyari’atkan. Tanpa disedari amalan itu menyamai tradisi agama lain yang lebih menjurus kepada adat dan legenda yang tiada kaitan dengan Islam. Kebimbangan ini berasaskan kepada telah muncul segolongan anak muda yang memeriahkan Romadhon dan Syawal yang mulia dengan ledakan bom, persis bunyi meriam.

Anak Muda dan Bom

Di sebahagian tempat ada segelintir anak muda yang lebih kreatif dan terkehadapan idea mereka berhubung isu mercun di bulan Romadhon ini. Dua tiga anak muda pada setiap menjelang waktu maghrib, waktu umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa, mereka pula bersedia di puncak bukit di suatu taman perumahan untuk meledakkan letupan bom buatan sendiri.Tanpa ada rasa jemu, pada setiap malam dengan penuh komitmen melaksanakan aktiviti tersebut. Ledakan bom buatan sendiri itu memecah kesunyian malam bukan sahaja di sekitar kawasan perumahan tersebut malahan dentumannya setiap sepuluh minit itu kedengaran sehingga ke daerah-daerah sekitarnya. Aktiviti anak muda ini akan berakhir seawalnya pada pukul 11.30 malam. Penduduk di sekitar tidak berani membuka mulut, walaupun masing-masing rimas dengan suasana yang ada, kerana anak muda ini ada yang tidak boleh ditegur dan dinasihat, malah ada ibu bapa yang back up mereka.

Ironinya di dalam suasana umat Islam semakin menuju ke kemuncak ibadat di bulan Romadhon, dengan melipat gandakan ibadat berterawih, membaca Al Qur’an, berqiamullail dan beriktikaf di masjid, anak-anak muda ini tidak pernah kelihatan menuju ke masjid, malahan tidak pernah kelihatan bersolat.

Sebagai umat Islam kita sangat bangga apabila ada anak muda Melayu yang mengaku beragama Islam memiliki kemahiran mencipta bom, ada keberanian meledakkan bom, jika kemahiran dan keberanian ini digunakan sebaiknya maka umat Islam tidak akan kekurangan pejuang-pejuang boleh mempertahankan maruah bangsa dan agama.Bukan mudah untuk mencipta bom, kerana bom adalah sejenis senjata yang boleh menyuntik kekuatan semangat ketika berhadapan dengan musuh. Bom telah diberikan pengertian sebagai;

Pengertian BOM

Bom adalah alat yang menghasilkan ledakan yang mengeluarkan energi secara besar dan cepat. Ledakan yang dihasilkan menyebabkan kehancuran dan kerusakan terhadap benda mati dan benda hidup disekitarnya, yang diakibatkan oleh pergerakan tekanan udara dan pergerakan fragmen-fragmen yang terdapat di dalam bom, maupun serpihan fragmen benda-benda disekitarnya. Selain itu, bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya suara yang dihasilkannya saja. Bom telah dipakai selama berabad-abad dalam peperangan konvensional maupun non-konvensional.

Kata bom berasal dari bahasa Yunani βόμβος (bombos), sebuah istilah yang meniru suara ledakan ‘bom’ dalam bahasa tersebut.

Bom adalah senjata; istilah “bom” jarang digunakan untuk menyebut bahan peledak yang digunakan untuk keperluan sipil, misalnya dalam pembangunan dan penambangan. Alat peledak dalam militer juga banyak yang tidak disebut “bom”. Pemakaian kata “bom” dalam militer biasanya digunakan untuk menyebut senjata peledak yang dijatuhkan tanpa pemandu dari pesawat udara. Senjata peledak militer lainnya misalnya granat, ranjau, peluru kendali, peluru, dan peledak kedalaman tidak disebut “bom”. Sementara anak muda ini menggunakan batang paip besi, sejenis kapur kabaid dan beberapa peralatan lain untuk menghasilkan letupan yang kita kenali sebagai mercun bom.

Kita bimbang anak muda kita ini hanya berani meledakkan bom buatan sendiri di malam-malam Romadhon, tetapi tidak mempunyai kekuatan jiwa untuk berhadapan dengan musuh sebenar nanti kerana mengabaikan syari’at dan tuntutan perintah Allah. Sedangkan umum mengetahui bahawa umat Islam di seluruh dunia sedang diledakkan dengan bom Amerika dan Israel. Mana pemuda Islam yang hebat yang berani berjuang dan berjihad untuk membantu saudara se Islam yang sedang menderita di seluruh dunia.

Bom peledak berbahaya ini telah digunakan oleh Israel secara kejam ke atas Gaza Pelastin. Kesannya berpanjangan . Hakis sehingga ke tulang.Begitu juga kes Amerika gugurkan bom atom pertama kalinya di Hiroshima dan Nagasaki 1945. Projek membuat bom atom itu (di pusat kajian Projek Manhattan) dipengerusi oleh Truman dan saintis yang mencipta bom itu adalah Oppenheimer. Selepas diberitahu bom itu telah meranapkan kedua-dua bandar itu, Oppenheimer menyesal, sedih,pilu dan tertekan (sebab dia pun tak sangka kesan bom ciptaannya sedasyat itu) lalu berjumpa Truman untuk menyatakan kekesalannya. Tetapi disambut Truman dengan kata-kata “I don’t want to see that son of a bitch ever again”. Oppenheimer terpaksa menelan kata-kata tersebut. Projek bom atom itu bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi alam sekitar termasuk diri pencipta bom itu sendiri. Oppenheimer terpaksa membawa penyesalannya itu bersama-sama penyakit barah kroniknya (barah kerongkong kesan radioaktif sepanjang penyelidikan cipta bom atom itu) sampai ke mati.

Sambutan Romadhon dan Syawal Menurut Islam
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Eidulfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini. Bukan hanya berseronok meledakkan dentuman bom kosong yang tiada makna malahan mengganggu masyarakat sekitar. sepatutnya anak-anak muda ini dibimbing dan diajar tentang adab dan amalan menjelang ketibaan Eidul Fitri di antaranya

bertakbir,
• Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. ; “Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.”
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya ; “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”

Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

Mandi pada pagi hari raya
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:”Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119

Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h. ; “Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w. ingin menutup prasangka semacam ini.”
Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w. akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a. berkata ; “Rasulullah s.a.w. tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata ; Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata : Rasulullah. s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai pakaian yang indah
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafie r.h. berkata ; “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”
Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h. menambah ; “Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.”
Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah s.a.w. ; “Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a. ; “Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.”
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a. berkata ; “Nabi s.a.w. melalui jalan yang berbeza pada hari raya.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h. berkata ; “Baginda s.a.w. selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”
Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49

Tempat perlaksanaan solat hari raya
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a. berkata ; “Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang sola.t sunat).”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata ; “Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.”
Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394

Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a. berkata ; “Rasulullah s.a.w. telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata ; “Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a. berkata ; “Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.”
Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975

Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h. berkata ; “Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.”
Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290
Rasulullah s.a.w. sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a. berkata ; “Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata ; Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi ; Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w. ; “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.”
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w. yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

kesimpulannya ; Islam mengajar kita supaya sentiasa menjaga diri dan maruah, sambutan eidul fitri adalah hari untuk umat Islam meraikan kemenangan dalam perjuangan yang hebat, jangan cemarkan romadhon dengan amalan yang sia-sia dan yang lebih penting jangan campakkan diri kita ke dalam kebinasaan seperti firman Allah : ولا تلكوا بايديكم الى التهلكة yang bermaksud jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kehancuran.

Friday, September 4, 2009

FISIOLOGI AL QUR'AN

Allah menjelaskan dalam surah Al Isra' ayat 82 yang bermaksud, " ( Al Qur'an ) merupakan penawar ( syifa' ) dan rahmat bagi mereka yang beriman."

Di dalam Al asas fit tafsir oleh Imam Said Hawa disebutkan, " syifa bermaksud ( Al Qur'an adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifaq, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Al Qur'an juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan."

Saidina Abdullah bin Mas'ud berkata, " Sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Al Qur'an. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat nabi Imam Abu hurairah pula berkata, " Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Al Qur'an, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para Malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Al Qur'an akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para Malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.

Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el Kadi dari klinik Akbar di Panama City, Florida, " berhubung kesan mendengar bacaan Al Qur'an ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar bacaan Al Qur'an, termasuk juga dari kalangan bukan Muslim dan buka Arab, mengalami fisiologi positif di dalam diri mereka." Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives In Medicine oleh Dr. Shahid Athar.

Benarlah sabahat Nabi Saidina Ali bin Abi Talib apabila beliau berkata, " tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan dan menghilangkan kahak iaitu 1. Bersugi, 2. berpuasa, dan 3. membaca Al Qur'an.

Bertepatan dengan Romadhon Al Mubarak, di mana Al Qur'an diturunkan, semarakkan pembacaan Al Qur'an, pemikiran Al Qur'an, Pentadabburan Al Qur'an. Al Qur'an itu dijulang dan diletakkan pada maqamnya yang sebenar bukan hanya sekadar dijadikan perhiasan rumah, di dalam frame berbingkai cantik tetapi tidak memberi manfaat kepada kehidupan. Allah akan mengangkat martabat orang yang sentiasa mendekati dan menjiwai Al Qur'an dalam kehidupannya. Al Qur'an akan membimbing dan memandu manusia ke jalan kebenaran dan mencapai kecemerlangan. Malahan Al Qur'an membebaskan seseorang daripada kesesatan dan kegelapan hati. Benarlah amanat nabi semasa berkhutbah pada Haji Perpisahan, " Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian ( peninggalan yang berharga ) seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah ( Al Qur'an ) dan Sunnah nabinya," Hadith Riwayat Al Hakim.

MADRASAH ROMADHON MELAHIRKAN INSAN BERTAQWA

Firman Allah dalam surah al baqaroh ayat 183 yang bermaqsud ; "Wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu semua bertaqwa "
Menjadi matlamat dan tujuan Allah memfardhukan puasa adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Apakah yang dimaksudkan dengan TAQWA. Saidina Omar Al Khattab pernah bertanya kepada saidina Ubai bin Kaab berkenaan maksud Taqwa. Saidina Ubai berkata, " Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?"Jawab saidina Omar, " Ya pernah. " Saidina Ubai bertanya lagi, " apakah yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata " aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh. " Berkata Ubai, " Itulah Taqwa. " Daripada jawapan ini dapat disimpulkan, Taqwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah.
Dalam surah Ali Imran ayat 102 hingga 103 , Allah mengarahkan mereka yang beriman supaya bertaqwa melalui firmannya yang bermaksud, " Wahai mereka yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."
Sahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan ' sebenar-benar taqwa ' sebagai ' melaksanakan taat dan jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya, jangan alpa, sentiasa bersyukur dan jangan kufur ' .
Apabila ciri-ciri ini dapat kita hayati, kita menjadi orang paling mulia di sisi Allah berdasarkan firmannya yang bermaksud, " Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang paling taqwa antara kamu."
Menjadi orang paling mulia di sisi Allah adalah menjadi impian dan harapan seluruh umat Islam yang beriman.Ada beberapa kriteria untuk menjadi yang bertaqwa, 1. Takut kepada Allah, 2. Beramal dengan Al Qur'an dan Sunnah Nabi, 3. Istiqamah dalam beramal, 4. Redho dengan sedikit dan bersyukur dengan anugerah Allah yang banyak, 5. Membuat persediaan untuk menghadapi kematian. Lima kriteria ini jika ada dalam diri dan jiwa umat Islam maka dia menjadi hamba paling Allah sayang. Romadhon inilah medan untuk kita memperkasakan ibadat masing-masing supaya lahirnya insan Taqwa daripada acuan Madrasah Romadhon.

Monday, August 31, 2009

SAHUR, PUASA TETAPI TIDAK PUASA

sambungan....

Di waktu sahur, ibu adalah orang yang paling awal bangun. Kadang-kadang seawal 4.00 pagi ibu sudah sibuk di dapur, masak nasi, masak lauk, panaskan makanan, buat sambal, sediakan minuman panas dan sajikan makanan. Kemudian ibu akan kejutkan suami, anak-anak, menantu, ipar duai, cucu-cucu dan semua ahli keluarga. Berhadapan pula dengan kerenah anak-anak dan cucu-cucu yang liat nak bangun bersahur. Ibu dengan tabah memujuk supaya anaknya dan cucunya bangun makan bersahur. Ibu bimbang anak dan cucunya keletihan berpuasa pada keesokan hari.
Begitulah kehebatan dan keunggulan ibu. Ibu tetap bangun bersahur walaupun ibu tidak berpuasa kerana uzur syar'ei, ibu tetap berpuasa walaupun hakikatnya ibu tidak berpuasa. Tidak pernah ana nampak ibu makan di siang hari walaupun sebenarnya ibu tidak puasa. Berbeda dengan sebahagian orang yang sengaja makan di khalayak ramai di bulan Romadhon. Nak tunjuk hebat dalam melanggar perintah Allah. Tapi ibu tetap sahur dan puasa walaupun ibu sebenarnya tidak puasa. Semoga Allah rahmati dan berkati para ibu hebat.

Sunday, August 30, 2009

SAHUR, PUASA TETAPI TIDAK PUASA


Romadhon setiap tahun datang dan pergi. Ianya terus berlaku walaupun warga Romadhon setiap tahun sentiasa berubah. Warga Romadhon 1429 sebahagiannya sudah tidak lagi bersama pada 1430, Romadhon lepas dia belum tetapi romadhon kali ini dia muncul bersama walaupun belum mengerti apa maknanya Romadhon. Begitulah Romadhon tetap silih berganti selagi ada hayat dunia.
Namun setiap Romadhon orang yang paling sibuk, seperti tak menang tangan ialah para ibu. Ibu bukan sahaja insan hebat dalam perjalanan hidup seseorang, malah ibu adalah insan unggul sepanjang masa termasuk pada musim Romadhon.
Bagi ana insan bergelar ibu ini tiada galang ganti kehebatan dan keunggulannya. Apa tidaknya. Di Bulan Romadhon ini yang paling sibuk di dapur waktu penyediaan juadah berbuka puasa ialah ibu.Seawal pukul 3.00 petang, ibu-ibu ini dah mula sibuk dengan bawang, bilis, cili, jintan, kulit kayu manis, ayam, daging, tepung, kari dan macam-macam bahan lagi yang perlu disediakan untuk juadah berbuka puasa. Walaupun kadang-kadang penat baru pulang dari pejabat, terus meluru ke dapur. Semuanya dilakukan dengan sepenuh hati, dia mahu menyediakan hidangan yang paling enak dan lazat untuk santapan suami , anak-anak dan ahli keluarga semasa berbuka puasa. Betapa luhurnya hati ibu,setelah selesai menyadiakan juadah, sebahagian juadah diagihkan pula kepada jiran-jiran sebelah supaya dapat menikmati masakan hebat untuk ahli keluarganya. Dia bangga dan bersyukur bila makanan sajiannya dinikmati dengan penuh selera oleh seisi keluarga, kadang-kadang ibu hanya makan sedikit sahaja. Selesai berbuka puasa ibu sibuk pula mengemas meja makan, mencuci pinggan mangkuk supaya dapur kembali kelihatan kemas dan teratur.

Tuesday, August 25, 2009

MASJID DAN SURAU MERIAH DALAM BULAN ROMADHON

Benarlah Romadhon dikatakan bulan yang penuh dengan pelbagai keistimewaan. Rutin harian seseorang berubah secara drastik dan di luar dugaan. Fantastik kata mat saleh. Ana sendiri kaget dan teruja dengan paradigma baru umat Islam di Malaysia apabila tiba bulan Romadhon.

Bukan setakat keriuhan dan kezahmahan di bazar-bazar & gerai-gerai Romadhon yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman, malahan di masjid-masjid & surau-surau turut dilanda keriuhan dan kezahmahan. Ana perhatikan baik orang dewasa, orang muda belia, kanak-kanak remaja, anak-anak kecil, wanita-wanita, ahli masjid & surau, bukan ahli masjid, ada juga yang sakit, semuanya pakat berbondong-bondong menuju ke masjid. Pendek kata meriah betul masjid dan surau sejak ketibaan romadhon. Kadang-kadang ana tengok puak-puak yang bukan kaki masjid ni, bukan komitmen sangat pun melakukan solat isyak dan tarawih tu, kanak-kanak remaja yang tiba-tiba meriah di masjid & surau itu pun, ana tak nampak mereka tu taat sangat melakukan ibadat, kebanyakannya bermain-main dan berbual-bual di beranda masjid sahaja.Tetapi hari-hari romadhon berlalu mereka tetap juga hadir walaupun matlamatnya tidak jelas, kabur dan samar-samar. Itulah hebatnya romadhon, masjid dan surau memang meriah.
Kadang-kadang ana terfikir alangkah baik kalau suasana ini berlaku sepanjang masa tidak terbatas pada bulan romadhon sahaja. Ana pasti kalau ini berlaku umat Islam pasti akan kembali hebat dan gemilang.

Monday, August 24, 2009

HAYYA BINA AKHI WA UKHTI

Assalamulaikum Warahmatullah Wabarokatuh,

Ya Akhi Wa Ukhti Al Muhtarom, Hayya Bina melayari infomaklumat di Pelantar ar-ranawispi.blogspot.com dan singgah seketika di Pelantar Maya ini untuk menikmati santapan minda bagi melestarikan pemikiran Islam Global. Semoga menu yang disajikan di Pelantar ini dapat membantu percambahan ilmu.

PEMBUKAAN BLOG

Assalamualaikum...