Friday, September 4, 2009

FISIOLOGI AL QUR'AN

Allah menjelaskan dalam surah Al Isra' ayat 82 yang bermaksud, " ( Al Qur'an ) merupakan penawar ( syifa' ) dan rahmat bagi mereka yang beriman."

Di dalam Al asas fit tafsir oleh Imam Said Hawa disebutkan, " syifa bermaksud ( Al Qur'an adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifaq, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Al Qur'an juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan."

Saidina Abdullah bin Mas'ud berkata, " Sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Al Qur'an. Di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat nabi Imam Abu hurairah pula berkata, " Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Al Qur'an, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para Malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Al Qur'an akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para Malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.

Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el Kadi dari klinik Akbar di Panama City, Florida, " berhubung kesan mendengar bacaan Al Qur'an ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar bacaan Al Qur'an, termasuk juga dari kalangan bukan Muslim dan buka Arab, mengalami fisiologi positif di dalam diri mereka." Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives In Medicine oleh Dr. Shahid Athar.

Benarlah sabahat Nabi Saidina Ali bin Abi Talib apabila beliau berkata, " tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan dan menghilangkan kahak iaitu 1. Bersugi, 2. berpuasa, dan 3. membaca Al Qur'an.

Bertepatan dengan Romadhon Al Mubarak, di mana Al Qur'an diturunkan, semarakkan pembacaan Al Qur'an, pemikiran Al Qur'an, Pentadabburan Al Qur'an. Al Qur'an itu dijulang dan diletakkan pada maqamnya yang sebenar bukan hanya sekadar dijadikan perhiasan rumah, di dalam frame berbingkai cantik tetapi tidak memberi manfaat kepada kehidupan. Allah akan mengangkat martabat orang yang sentiasa mendekati dan menjiwai Al Qur'an dalam kehidupannya. Al Qur'an akan membimbing dan memandu manusia ke jalan kebenaran dan mencapai kecemerlangan. Malahan Al Qur'an membebaskan seseorang daripada kesesatan dan kegelapan hati. Benarlah amanat nabi semasa berkhutbah pada Haji Perpisahan, " Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian ( peninggalan yang berharga ) seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah ( Al Qur'an ) dan Sunnah nabinya," Hadith Riwayat Al Hakim.

1 comment:

  1. ar ranawi, FISIOLOGI AL QURAN ... membaca Al Quran adalah menjadi amalam alim ulama', ahli ibadah dan para solihin sejak zaman berzaman. Dalam sehari sepatutnya paling tidak kita boleh baca Al Quran selepas solat lima waktu dalam sehelai dua atau ketika hendak mulakan kerja di pejabat atau tak kiralah dimana sekali pun jika mahu... selain jadi ibadat ianya membawa kepada kemakmuran jiwa dan kebahagiaan dalam kehidupan... ya renungkanlah bagaimana kita boleh mengekalkan membaca Al Quran pada setiap hari dan masa.Itulah dhaifnya kita..

    ReplyDelete