Tuesday, August 25, 2009

MASJID DAN SURAU MERIAH DALAM BULAN ROMADHON

Benarlah Romadhon dikatakan bulan yang penuh dengan pelbagai keistimewaan. Rutin harian seseorang berubah secara drastik dan di luar dugaan. Fantastik kata mat saleh. Ana sendiri kaget dan teruja dengan paradigma baru umat Islam di Malaysia apabila tiba bulan Romadhon.

Bukan setakat keriuhan dan kezahmahan di bazar-bazar & gerai-gerai Romadhon yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman, malahan di masjid-masjid & surau-surau turut dilanda keriuhan dan kezahmahan. Ana perhatikan baik orang dewasa, orang muda belia, kanak-kanak remaja, anak-anak kecil, wanita-wanita, ahli masjid & surau, bukan ahli masjid, ada juga yang sakit, semuanya pakat berbondong-bondong menuju ke masjid. Pendek kata meriah betul masjid dan surau sejak ketibaan romadhon. Kadang-kadang ana tengok puak-puak yang bukan kaki masjid ni, bukan komitmen sangat pun melakukan solat isyak dan tarawih tu, kanak-kanak remaja yang tiba-tiba meriah di masjid & surau itu pun, ana tak nampak mereka tu taat sangat melakukan ibadat, kebanyakannya bermain-main dan berbual-bual di beranda masjid sahaja.Tetapi hari-hari romadhon berlalu mereka tetap juga hadir walaupun matlamatnya tidak jelas, kabur dan samar-samar. Itulah hebatnya romadhon, masjid dan surau memang meriah.
Kadang-kadang ana terfikir alangkah baik kalau suasana ini berlaku sepanjang masa tidak terbatas pada bulan romadhon sahaja. Ana pasti kalau ini berlaku umat Islam pasti akan kembali hebat dan gemilang.

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    Bagus sekali penulisan ustaz ni.Pembudayaan sebenarnya. Sebulan belum cukup untuk membudayakan umat islam kearah mengimarahkan masjid ini. Namun begitu insyaallah ada segelintir ummah yang terpanggil dan terdidik di ramadhan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan hj. Orang malaysia memang begitu cara hidunya, penghayatan budaya yang banyak mendidik kita... bersyukur .Kita pun dulu masa kecil pergi surau mesjid kena paksa dek mak bapak, datok nenek, dikejar guru, ditegur sapa jiran sebelah rumah. Apa kita tahu!?.. mak bapak tahu anak mesti mengaji, mesti kesurau mesjid, hormat orang tua, hormat guru, adik beradik mesti alah mangalah,cakap mak bapak sama sekali tak boleh dibantah. Hasilnya sekarang baru kita tahu dan perasan ...ooh begitu..ooh itu caranya...ooh itu adatnya..itu jugalah aku pandai mengaji, itu jugalah aku pandai buat sembahyang, jumaat pergi mesjid, ramadahon gi teraweh.Iya.. sekarang penghayatan Islam kita telah banyak berubah, maju dan praktikal, dimana sahaja kita pergi kita akan terjumpa dan akan melihat keadaan itu.. Namun begitu perkara tak menjadi dan perkara munkar itu memang ada dan akan berlaku..hanya kita sebagai orang yang mengetahui " amal makruf nahi munkar, mengajak kepada yang baik.. menegah kepada yang buruk" itu adalah matlamat kita..

    ReplyDelete